sendu...
hari ini rasanya sungguh sedih
hari ini rasanya sungguh pilu
mengapa ya?
ohh...namanya juga manusia
mudah berkata tanpa rasa
mudah menebak tanpa jiwa
telinga terdengar
siapa mangsanya?
dan hati menjawab
mungkin juga aku, dia atau kamu
hari ini rasanya sungguh sedih
Dari mana datangnya sakit kepala?
Ada seseorang memberi tahu aku bahawa, dulu jika untuk memberi maaf atas sesuatu yang betul melukakan, dia tidak pernah bisa. Dia lagi rela untuk berlalu dari situ meninggalkan si peminta maaf terkaku tanpa apa-apa bicara. Sehingga pada satu hari, tiba saat dia melukakan dan terus dia sadar juga rasa bersalah. Lantas tanpa ada apa-apa ucapan, orang yg terluka tersebut, cepat memberi maaf kepada dia. Sesaat itu dia tersentak lalu dia mengerti bahawa kemaafan itu sebenarnya cukup indah.
Apa sebenarnya erti PERSAHABATAN? Satu hubungan yg wujud pd 1 jangka masa yang ditetapkan. ataupun, 1 hubungan yg wujud & kekal lama sampai akhir hayat? PERSAHABATAN pastinya boleh memberikan 1 kenangan yg tak boleh dilupakan, sama ada ia sesuatu yang manis, lucu, ataupun pahit. Kita akan semakin meningkat usia tapi, rasa hati harus kuat supaya hubungan itu & sesiapa sahaja yang bergelar SAHABAT akan terus kekal dlm jiwa. PERSAHABATAN itu selalu indah. Walaupun kadang-kala ada rasa sakit dan kecewa, PERSAHABATAN bagi aku tetap tersangat indah bkn shj utk dikenang tetapi juga utk dikekalkan dan akan begitu selamanya dalam keadaan apapun. Dan kerana itu kita masih terus bersama. Dulu...kini...selamanya...
Hmm...entah kenape jari aku tibe2 jadi rajin nak menekan papan kekunci pasal mende ni. Kenapa kadang2 manusia terlampau susah untuk buat satu keputusan?
Hari ini, genap dua minggu aku bergelar 'Puan'. Satu gelaran yang mengundang gelak ketawa rakan-rakan segabanan, geng 606 sejak 14 tahun yang lalu. Ya, semasa kami masih riang di bangku sekolah. Tapi apabila sampai waktunya, gelaran itu tetap menjadi kenyataan. Bukan bagi aku sahaja, tetapi juga bagi mereka-mereka yang pernah menadah telinga untuk berkongsi rasa, menangis bersama, ketawa bersama, dan pelbagai lagi rasa pahit, manis, masam, masin ketika kami bergelar 'gadis' & 'teruna'. Siapa yang tidak pernah melalui zaman nakal tidak kira ketika di masa persekolahan, kolej ataupun di alam pekerjaan. Selagi lafaz ijab & qabul belum terucap, semuanya bebas melakukan apa sahaja tanpa 1 status yang membuatkan mereka terikat. Dan ketika itu akan kedengaran dialog seperti, 'nak buat jahat, jgn takut,' ataupun 'aku punya sukelah, aku single. xder komitmen.' Aku juga salah seorang drpd mereka. Tetapi pada 26/12/2008, tepat jam 10.00 malam, kata-kata itu cuma tinggal kenangan. Dan saat Fendy dan aku melafazkan taklik, dada aku cukup sesak & sebak. Begitu juga dgn ibu & ayah yang membaca teks penyerahan si anak, cukup untuk membuatkan suasana menjadi begitu hiba dan aku sendiri hampir membuatkan Masjid As-Syakirin itu banjir dgn air mata. Bukan tidak gembira, aku cukup gembira. Cuma rasa hiba itu datang tatkala memandang mereka. Penat lelah si ibu bapa selama ini akhirnya berakhir di situ. Aku sudah berada di alam baru. Ibu....ayah.... terima kasih untuk semuanya. Maafkan salah silap anakanda selama 27 tahun kita bersama. Doakan kebahagian anakanda. Buat malia, angie, che pah, cik a, nonie, shida, watie, cik li, fiza, azah, nadia, ajun, jas, nazib, sam, & rakan-rakan segabanan yg lain, we've been through hard times together, but somehow we always got through them. We've shared so many memories & may our friendship last forever. Sayang kamu semua...
assalamualaikum & salam sejahtera kpd pengunjung2 blog yg budiman. pd hari yg mulia ini jari-jari dompotku tibe2 rajin untuk menari di papan kekunci berwarna hitam. sejak 4 hari yg lalu kami di pejabat boleh dikatakan hanya membuang mase2 emas & berlian yg ada, krn kerajinan ini hanya sia-sia. masalah server down btol2 memberikan kekusutan rambut, kenaikan darah ditahap maksimum,serta ketensionan yg boleh membawa kpd pembunuhan beramai-ramai di kawasan shah alam. mendengar angin-angin lalu yg berbisik, mungkin kami disabotaj oleh salah seorang staff yang akan memberhentikan diri kurang drpd 817 minit & 23 saat. jadi beberapa hari ini aku hanya menghabiskan mase mengange, mengunyah, bergelak, bergosip, berbual kosong, berbual berisi & lain-lain lagilah aktiviti sosial yg biasanya agak sukar dilakukan ketika tugasan memanggil tanpa mengira waktu. baru beberapa hari lps kami mendpt mandat & kata-kata pujukan drpd abg hisham. tapi nampaknya jiwa aku semakin bercelaru & napsu positif yg membuak tertanam bersama impian.